ASRAMA ANAK-ANAK YATIM/WARGA MISKIN BUDI MULIA NURUL HUDA DIDAFTARKAN DI BAWAH PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM DAN WARGA MISKIN CHEMOR DENGAN PENDAFTAR PERTUBUHAN MALAYSIA DI BAWAH SEKSYEN 7 AKTA PERTUBUHAN 1966 DAN NO PENDAFTARANNYA, 0774-06-PRK.

Khamis, 5 Februari 2015

Bantuan Diperlukan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera... Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, sekarang kami sedang dalam proses menambak tapak Pembangunan Kompleks Anak-Anak Yatim & Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda.... Buat makluman semua, sekarang kami masih memerlukan dana untuk membeli tanah sebanyak 500 - 600 lori lagi bagi menambah tanah di tapak pembangunan kami.. Sebiji lori tanah berharga RM160... Disini kami sertakan sekali gambar tapak yang perlu ditambak buat perhatian anda semua...











Sehubungan itu, dengan rendah dirinya kami warga BMNH memohon jasa baik anda semua untuk menyalurkan sumbangan bagi membantu kami membeli tanah bagi proses pemanbakkan ini... Segala jasa baik & budi anda semua, hanya Allah SWT yang mampu membalasnya...

Tiada ulasan: